Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyifatkan reka bentuk Waterfront Marudi yang baharu lebih cantik berbanding tebingan sungai lain ketika merasmikan Regata Baram 2023 di Tebingan Sungai Marudi di sini, hari ini. Foto: TVS

Premier Sarawak sifatkan Waterfront Marudi lebih cantik berbanding tebingan lain

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

MARUDI, 30 Sept: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyifatkan reka bentuk Waterfront Marudi yang baharu lebih cantik berbanding tebingan sungai lain ketika merasmikan Regata Baram 2023 di Tebingan Sungai Marudi di sini, hari ini.

Abang Johari juga mengakui lokasi tebingan itu juga menjadi tumpuan orang ramai susulan terdapat projek pembinaan hotel baharu di bawasan berhampiran.

“Waterfront itu juga berdekatan dengan Kubu Hose, malah Waterfront Marudi baharu ini lebih panjang daripada Waterfront Kuching iaitu sebanyak satu kilometer,” katanya.

Sementara itu, Abang Johari turut memberitahu bahawa kerajaan Sarawak akan mewujudkan makmal berkongsi di bahagian Marudi untuk pelajar yang belajar mata pelajaran sains, teknologi, kejuruteraan, dan matematik (STEM).

Inisiatif berkenaan menurut beliau berikutan telah membuat aduan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengenai isu kekurangan makmal sains di sekolah seluruh negeri.

“Kebanyakan sekolah di seluruh negeri tidak mempunyai makmal sains. Justeru, kerajaan Sarawak akan membina makmal berkongsi di setiap daerah dan Marudi bakal mendapat satu,” ujar beliau.

Pada masa sama, Abang Johari memberikan jaminan bahawa jalan raya dari Jalan Marudi ke Long Terawan bakal siap pada tahun 2030. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan