Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri ditemui pada sidang media selepas merasmikan Program Semarak Skuad Waja, di Kuching, hari ini. Foto TVS
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri bercakap pada sidang media selepas merasmikan Program Semarak Skuad Waja, di Kuching, hari ini. Foto TVS

KPWKM mohon KMKK ada kuasa tangani isu gangguan seksual, keganasan rumah tangga – Nancy

ByAhmad Burhanuddin

KUCHING, 29 Sept: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) telah memohon ketua masyarakat dan ketua kaum (KMKK) diberi kuasa membendung isu gangguan seksual termasuk isu keganasan rumah tangga di kawasan masing-masing.

Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, permohonan itu telah dimajukan kepada Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dalam usaha menamatkan gejala keganasan berkenaan di negara ini.

“Jadi, perkara ini akan berterusan dilakukan di seluruh negara dan untuk setiap negeri, kita perlu tulis surat kepada pihak negeri kerana KMKK adalah di bawah Kerajaan Negeri.

“Ia bukan sahaja untuk keganasan rumah, tetapi ia juga melibatkan anti gangguan seksual dan kita rangkumkan keseluruhannya, di mana yang pertama sekali sudah dirasmikan di Cyberjaya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Program Semarak Skuad Waja 2023 Negeri Sarawak, di sini, pada Sabtu.

Turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita, Datin Izzatul Shima Mohd Thahir.

Mengulas lanjut, beliau yang juga Ahli Parlimen Santubong berkata, pihaknya akan menjalinkan kerjasama dengan jabatan kebajikan kerana terdapat banyak aktiviti yang dijalankan adalah terletak di bawah jabatan berkenaan.

“Masalah anti gangguan seksual termasuk kes penderaan akan dilaporkan di bawah program kebajikan dan atas sebab itu kita akan bekerjasama dgn Jabatan Kebajikan Negeri,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan