Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

PKP: 328 Kompaun Dikeluarkan Di Kuching

ByAkma Salleh

KUCHING: Sebanyak 328 kompaun yang bernilai hampir RM900,000 dikeluarkan hasil penguatkuasaan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan PKP 3.0 bagi tempoh 1 hingga 19 Jun 2021.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Ashmon Bajah berkata, dalam tempoh sama seramai 318,400 individu turut diperiksa.

Jelasnya lagi dalam tempoh yang sama, sebanyak 238,169 kenderaan juga diperiksa dan 613 daripadanya telah diarahkan untuk berpatah balik.

Sehubungan itu, bagi permohonan permit polis pula, Ashmon memberitu, Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching telah menerima sebanyak 11,789 permohonan tetapi hanya 11, 159 permohonan  sahaja yang diluluskan.

Sepanjang tempoh PKP ini, pelaksanaan penugasan Op COVID-19 IPD Kuching PKP 3.0 melibatkan seramai 597 Polis Diraja Malaysia (PDRM), 61 Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan 294 anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA). 

IPD Kuching turut melaksanakan sekatan jalan raya (statik) di sembilan lokasi sepanjang tempoh PKP 3.0 yang dilanjutkan sehingga 28 Jun 2021.

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan