Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan menyerahkan geran kepada wakil Persatuan Kedayan Lawas, Haris Majid. Foto: TVS

Awang Tengah mahu geran MRP berjumlah RM2 juta dimanfaatkan dengan telus

LAWAS, 28 Sept: Pemberian geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) berjumlah RM2 juta kepada 226 penerima di sini perlu dimanfaatkan demi pembangunan kampung dan persatuan masing-masing.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, geran MRP kali ini diserahkan kepada Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK), persatuan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Sehubungan itu Awang Tengah meminta agar penerima membuat perancangan awal berkaitan program serta menyenaraikan keutamaan yang perlu dilakukan.

“Ini kerana saya juga perlu mengagihkan geran kepada pelbagai pihak di luar Lawas termasuk mengambil kira keperluan NGO di seluruh Sarawak.

“Peruntukan geran MRP ini penting bagi membangunkan kampung masing-masing di bawah JKKK,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penyerahan geran itu di sini hari ini.

Turut hadir, Ahli Parlimen Lawas, Dato Henry Sum Agong, Residen Bahagian Limbang, Unos Tambi, Pengarah Agensi Pembangunan Wilayah Utara (NRDA), Datu Ubaidillah Latip dan Setiausaha Politik Kepada Premier Sarawak, Awangku Jinal Abidin Dato Pengiran Jawa.

Mengulas lanjut, Awang Tengah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Sari berkata, peruntukan berkenaan disediakan khusus untuk setiap wakil rakyat Gabungan Parti Sarawak (GPS) pada setiap tahun.

Pada masa yang sama beliau memberitahu, geran ini juga akan disalurkan di kawasan lain seluruh Sarawak.

Sementara itu Awang Tengah memberitahu, pada tahun ini sebanyak 24 Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) di Lawas telah diluluskan membabitkan peruntukan sebanyak RM5 juta.

“Mojoriti projek sedang dalam peringkat perlaksanaan dan perancangan.

“Bagi projek baik pulih rumah, sebanyak RM1 juta disediakan setahun dengan dua fasa iaitu RM500 000 untuk setiap fasa,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan