Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Pusat Pemberian Vaksin Akan Mula Beroperasi Di Sibu

ByAkma Salleh

SIBU: Bagi memudahkan penduduk luar bandar menerima suntikan vaksin COVID-19, sebanyak tiga lagi pusat pemberian vaksin (PPV) dan empat (PPV) bergerak akan beroperasi di sekitar kawasan rumah panjang minggu hadapan.

Penyelaras Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Sibu Dr Annuar Rapaee berkata, tiga PPV itu adalah di Dewan Suarah, University College Technology Sarawak (UCTS) dan Dewan Lakis.

Sehubungan itu, beliau turut membidas perbuatan segelintir pihak tidak bertanggungjawab yang cuba untuk menghasut sesetengah pihak supaya tidak menerima vaksin.

Ini susulan, ada pihak yang mempersoalkan keberkesanan vaksin tersebut.

Tegasnya, apa yang penting adalah semangat rakyat itu sendiri untuk menerima vaksin.

“Ada orang kata di Sibu ramai yang telah diberi vaksin tetapi kes makin naik, betul (berkesan) ke tidak vaksin ini. Kenyataan seperti ini tidak baik. Sekarang kita semua perlu berusaha gigih untuk beri semangat kepada orang ramai untuk menerima vaksin,” tegasnya.

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan