Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dr Abdul Rahman (kiri), Hasbi (tiga kanan) bersama tetamu lain mengalunkan Zikir Marhaban. Foto: TVS

500 jemaah hadir Majlis Kesyukuran Sambutan Maulidur Rasul Bahagian Limbang

LIMBANG, 28 Sept: Sekitar 500 jemaah menghadiri Majlis Kesyukuran sempena Sambutan Maulidur Rasul 1445H Peringkat Daerah Limbang di Masjid Jannatul Firdaus Bahagian Limbang, pada Rabu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kota, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail berkata, masjid berkenaan merupakanantara 12 masjid di Sarawak yang menyaksikan secara langsung sambutan majlis kesyukuran itu secara maya semalam.

“Masyarakat Islam di daerah Limbang bersama dengan masyarakat Islam di Sarawak bersama-sama meraikan Majlis Kesyukuran Sempena Maulidur Rasul yang telahpun diadakan secara langsung di 12 masjid Bahagian di Sarawak.

“Sambutan agak mengalakkan dan ramai yang datang di Masjid Jannatul Firdaus,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Sambutan Maulidur Rasul 1445H Peringkat Daerah Limbang di Masjid Jannatul Firdaus di sini.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah berkata, program tahunan itu dianjurkan oleh Jawatankuasa Tetap Perayaan-Perayaan Islam Daerah (JTPID) Limbang.

Majlis dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah, disusuli bacaan Surah Yasin secara maya yang dipimpin oleh Imam Besar Sarawak, Datuk Mustapha Kamal Ahmad Fauzi.

Sejurus selepas itu, solat Isyak secara berjemaah dilakukan sebelum diteruskan dengan Zikir Marhaban yang dipimpin oleh Kumpulan Zikir Daerah Limbang.

Wanita Islam di Limbang turut sama mengalunkan zikir marhaban. Foto: TVS

Majlis diakhiri dengan bacaan doa kesyukuran dan jamuan makan malam.

Turut hadir Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia, Datuk Hasbi Habibollah, Pegawai Daerah Limbang merangkap Pengerusi JTPIL Sulaiman Engal dan Pegawai Agama Islam Bahagian Limbang merangkap Timbalan Pengerusi JTPIL, Ustaz Awang Abdul Rahim Awang Rosely.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan