Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tuan Yang Terutama, Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud hadir bersama isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Raghad Kurdi Taib menyempurnakan Perhimpunan dan Perarakan Sambutan Maulidur Rasul 1445H peringkat Negeri Sarawak. Foto: Faitullah Morni (TVS).

Tun Taib simbol keharmonian rakyat Sarawak – Abang Johari

ByAmirah Shawel

KUCHING, 28 Sept: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyifatkan Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud adalah simbol kepada keharmonian rakyat negeri ini.

Menurut Abang Johari, semangat Tuan Yang Terutama (TYT) menjadi pemangkin dalam kalangan masyarakat untuk mengembleng tenaga membangunkan Sarawak serta agama Islam.

Tun Taib simbol keharmonian kaum di Sarawak.

“Tun Taib memberikan dorongan kepada kami untuk terus berusaha membangunkan negeri Sarawak dan umat Islam ke arah yang lebih baik di masa masa akan datang.

“Tun juga adalah sebagai simbol keharmonian masyarakat Sarawak yang berbilang agama dan latar belakang untuk memainkan peranan masing-masing,” katanya.

Abang Johari berkata demikian ketika berucap pada Perhimpunan dan Perarakan Sambutan Maulidur Rasul 1445H Peringkat Negeri Sarawak di Padang Merdeka, di sini hari ini.

Majlis turut menyaksikan TYT serta isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Raghad Kurdi Taib menyempurnakan Perhimpunan dan Perarakan Sambutan Maulidur Rasul 1445H peringkat Negeri Sarawak di sini.

Hari ini merupakan kemunculan serta majlis pertama beliau selepas pulang daripada mendapatkan rawatan di Istanbul, Turkiye. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan