Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Hasbi Habibollah (duduk dua kiri), Paulus Palu Gumbang (kanan) hadir pada Majlis Integrasi Pegari Smeda SMK Medamit 2023 di sini hari ini.Foto TVS.

KKDW salur RM210 juta bina jalan luar bandar di Limbang

LIMBANG, 27 Sept: Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperuntukkan RM210 juta untuk membina beberapa jalan luar bandar di daerah ini.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah berkata, antara jalan yang akan dibina termasuk dari Rumah Aling ke Penganan Hulu Kubong Limbang yang kini di peringkat reka bentuk.

RM210 juta bina beberapa jalan luar bandar | TVS

Kata beliau, selain itu Jalan Bukit Lubuk yang menghubungkan Kampung Limpaku Pinang di Teluk Brunei yang sebelum ini bergantung kepada laluan sungai juga akan dibina oleh KKDW.

“Semua ini akan dilaksanakan selain projek jalan dari Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Lubai menuju ke Jalan Nanga Merit yang telah diluluskan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir Majlis Integrasi Pegari Smeda Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Medamit 2023 di sini hari ini.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Danau, Paulus Palu Gumbang.

Sementara itu Hasbi yang juga Ahli Parlimen Limbang optimis projek berkenaan dapat memberi impak positif kepada rakyat setempat.

“Ini termasuk kepada murid sekolah terutama apabila sekolah berkelompok dibina kelak,” katanya.

Pada masa sama, beliau berharap agar kontraktor yang dilantik dapat melaksanakan projek berkenaan mengikut jadual dan spesifikasi yang ditetapkan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan