Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Atlet pelayaran negara, Nur Shazrin Mohamad Latif meraikan kejayaan selepas memenangi pingat emas pertama Malaysia di Sukan Asia Hangzhou 2022 dalam acara ILCA 6 wanita di Tasik Dongqian hari ini. Foto: Bernama

Sukan Asia: Nur Syazrin harap kejayaan emas tingkat motivasi kontinjen negara

ByBernama

HANGZHOU, 27 Sept: Pelayar negara Nur Shazrin Mohamad Latif berharap kejayaannya menghadiahkan pingat emas pertama Malaysia di Sukan Asia kali ini, dapat meningkatkan lagi motivasi atlet negara untuk menambah koleksi pingat.

Nur Shazrin yang muncul juara acara ILCA 6 wanita hari ini berkata, beliau sebenarnya tidak menyangka bakal menjadi penyumbang emas sulung Malaysia dalam temasya ini, ketika tiba di Pusat Pelayaran Ningbo Xiangshan, lebih 170 kilometer (km) dari sini.

Atlet berusia 25 itu meraih emas selepas mengekalkan kedudukan pertamanya dengan 25 mata penalti selepas 11 perlumbaan setakat semalam, setelah perlumbaan terakhir hari ini dibatalkan kerana kekurangan angin di Tasik Dongqian.

“Saya sebenarnya harapkan ada perlumbaan hari ini dan lihat keputusan penuh. Keadaan angin di sana memang sukar dijangka dengan arus yang kuat. Kadang-kadang angin kuat, tetapi tiba-tiba hilang.

“Strategi saya untuk mengekang pencabar utama daripada memotong saya, walaupun saya tidak dapat berada di tempat teratas pada beberapa perlumbaan menjadi. Saya ingin mendedikasikan pingat ini kepada semua rakyat Malaysia,” katanya.

Nur Shazrin juga mengesahkan tiket ke Paris 2024 selaku pemenang pingat emas, sekali gus bakal membuat penampilan ketiga di Sukan Olimpik tahun depan.

Dengan berbaki kurang dari setahun untuk membuat persediaan, beliau berharap program persiapan kali ini lebih baik untuknya.

“Antaranya, saya berharap dapat diberikan peluang untuk menjalani latihan di Eropah, terutamanya di Portugal. Kita pernah berlatih di Portugal sebelum ini, keadaan di sana memang baik untuk meningkatkan prestasi,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan