Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengarah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Sarawak, Tan Phang Chia bergambar bersama perserta Program Wellness Responder At Workplace (Power@Work) 2023 di Wisma Perkeso Negeri Sarawak. Foto: TVS

Suri rumah digalak carum Perkeso, dapatkan perlindungan bencana domestik

KUCHING, 26 Sept: Masih ramai suri rumah yang layak belum mencarum Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) yang diperkenalkan pada Disember 2022 oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Kata Pengarah Perkeso Sarawak, Tan Phang Chia, berkata, menerusi SKSSR, wanita berusia 54 tahun ke bawah yang menguruskan rumah tangga sepenuh masa atau bukan sepenuh masa, layak mencarum skim berkenaan.

Kata Phang Chia, ini kerana ia termasuk dalam aktiviti yang berisiko mendatangkan bencana.

“Mereka (suri rumah) perlu dilindungi terutamanya yang mungkin tidak mempunyai kekuatan kewangan untuk membeli insurans komersial.

“Perkeso menawarkan satu perlindungan yang komprehensif dengan bayaran yang minimum iaitu RM120 setahun. Jadi ini skim terbaharu kita yang menyediakan perlindungan kepada suri rumah,” katanya.

Phang Chia berkata demikian kepada TVS semasa menghadiri majlis penutupan Program Wellness Responder At Workplace (Power@Work) 2023 di Wisma Perkeso Negeri Sarawak dekat sini pada Selasa.

Jelasnya lanjut, pembayaran caruman skim berkenaan juga boleh dibayar oleh suami atau ahli keluarga lain.

“Ini bagi memastikan perlindungan dapat diberikan kepada para wanita yang menggalas tugas menjadi tunjang kepada sesebuah institusi kekeluargaan dalam masyarakat hari ini,” tambahnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan