Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Biro Pengaduan Awam Parti Rakyat Sarawak Bersatu (SUPP) Milton Foo (tengah) bersama mangsa. Foto: TVS

Usahawan wanita di Kuching hidup dalam ketakutan, diancam pemberi pinjaman dalam talian

ByOdleen Catherny

KUCHING, 26 Sept: Seorang usahawan wanita berasal dari bandar raya ini kini hidup dalam ketakutan selepas kehidupannya sekeluarga diganggu oleh ‘wakil’ syarikat pemberi pinjaman mudah.

Mangsa yang berusia 40 tahun itu mendedahkan dia terjerat selepas membuat pinjaman dengan syarikat itu menerusi media sosial pada Mei lepas.

Jelas mangsa, dia memerlukan dana selepas perniagaannya terjejas akibat pandemik COVID-19.

“Saya berhasrat untuk meminjam RM20,000 namun oleh kerana kali pertama memohon, saya hanya ditawarkan RM2,000 sahaja.

“Jumlah sebenar yang diberikan syarikat itu hanya RM1,600 namun saya diwajibkan membayar sebanyak RM1,800,” katanya.

Mangsa berkata demikian selepas hadir membuat aduan kepada Biro Pengaduan Awam Parti Rakyat Sarawak Bersatu (SUPP) di sini hari ini.

Wanita itu mendakwa, dia dikehendaki membayar faedah mingguan dan kos pentadbiran sebanyak RM600.

“Tanpa disedari saya telah meminjam RM32,000 dan mengeluarkan lebih RM60,000 untuk membayar caj faedah kepada 32 akaun bank berbeza,” katanya.

Ujarnya lagi, selepas tidak mampu membayar, peminjam telah menyebarkan gambarnya di media sosial dan mengancam akan mengganggu anak-anaknya di sekolah.

Mangsa membuat laporan polis pada 18 September lalu.

Sementara itu, Ketua Biro Pengaduan Awam SUPP, Milton Foo menggesa kepada orang ramai supaya tidak terpedaya dengan tawaran pinjaman mudah menerusi media sosial meskipun dalam keadaan terdesak.

“Pinjaman ini (dalam talian) lebih teruk daripada berurusan dengan Ah Long kerana ini penipuan,”  katanya.

Foo berharap polis akan menjalankan siasatan menyeluruh dan memastikan keselamatan mangsa dan keluarganya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan