Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pemain Perak FC Luka Milunovic (tengah) mengawal bola ketika bertemu pasukan Sabah FC dalam saingan Piala Malaysia 2023 di Stadium Perak malam tadio. Foto: Bernama

Perak FC layak ke separuh akhir Piala Malaysia

ByBernama

IPOH, 26 Sept: Perak FC layak ke separuh akhir Piala Malaysia biarpun menang tipis 1-0 berdepan Sabah FC pada aksi suku akhir kedua piala berprestij itu di Stadium Perak, di sini malam tadi.

Keputusan itu membolehkan Skuad The Bos Gaurus mengatasi Sabah dengan agregat 3-2 selepas mencatat keputusan seri 2-2 pada suku akhir pertama, 15 September lepas.

Kedua-dua pasukan dilihat bersemangat untuk menghadirkan jaringan dengan melancarkan serangan bertubi-tubi kepada gawang pasukan lawan namun dinafikan ketangkasan penjaga gawang masing-masing sebaik perlawanan bermula.

Namun ketika perlawanan tiba di penghujung babak pertama, Wan Zack Haikal berjaya menceriakan penyokong tuan rumah apabila menjaringkan gol tunggal pada minit ke-45.

Bersambung babak kedua skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee mengubah taktikal mereka namun gagal memanfaatkan beberapa peluang keemasan pada minit akhir perlawanan.

Kedudukan 1-0 kekal sehingga tamat perlawanan dan Perak layak ke separuh akhir Piala Malaysia serta bakal bertemu Johor Darul Ta’zim (JDT) FC. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan