Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sarawak bersiap sedia menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka melanda negeri ini bermula November depan. Foto hiasan: Envato

Sarawak siap sedia hadapi Monsun Timur Laut – Uggah

ByHafeezzur Muzamir

KUCHING, 25 Sept: Sarawak bersiap sedia menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka melanda negeri ini bermula November depan.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, seramai 5,501 anggota daripada pelbagai agensi dan jabatan berada dalam keadaan siap siaga untuk menghadapi fasa peralihan monsun yang telah bermula 19 September lepas.

“Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) bersedia dari segi kekuatan sumber manusia, aset logistik dan bantuan makanan bagi menghadapi sebarang kemungkinan sekiranya berlakunya bencana banjir dan hujan lebat dibawa angin MTL seluruh Sarawak.

“JPBNS menerusi agensi tindak balas seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dibantu dengan kekuatan aset logistik sebanyak 487 aset darat, 249 aset laut dan sungai, 12 aset udara dan 207 aset sokongan sentiasa beradadalam keadaan siap siaga untuk menghadapi fasa peralihan monsun ini,” katanya menerusi satu kenyataan media, hari ini.

Uggah yang juga Pengerusi JPBNS berkata, dari segi bekalan bantuan bencana pula, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah memastikan bekalan bantuan adalah mencukupi di semua depo simpanan, stor pejabat dan juga di pangkalan hadapan.

“Sebanyak 627 pusat pemindahan sementara (PPS) yang boleh menempatkan seramai 162,091 mangsa bencana sedia untuk digunakan dan dapat dibuka pada bila-bila masa sekiranya keadaan memerlukan,” ujarnya.

Semasa tempoh peralihan MTL, ribut petir lazimnya membawa hujan lebat beserta angin kencang berpotensi menyebabkan banjir kilat serta kerosakan pada struktur yang tidak kukuh, jelasnya.

Sehubungan itu, pihaknya menasihati orang ramai supaya lebih berwaspada dalam tempoh peralihan berkenaan dan sentiasa peka dengan ramalan dan amaran cuaca yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia dari masa ke masa. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan