Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

COVID: 331 OKU Terima Vaksin Di Kuching 

KUCHING, 19 Jun – Seramai 331 orang kurang upaya (OKU) dari sekitar Kuching di sini menerima suntikan dos pertama vaksin COVID-19 hari ini, kata Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Sarawak Datuk Seri Fatimah Abdullah.

Beliau berkata program yang diadakan di Pusat Pakar Perubatan Normah di sini bermula pada 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari tadi. 

“Pada minggu hadapan pula, kumpulan kedua daripada senarai OKU yang belum divaksinasikan berjumlah kira-kira lebih daripada 300 orang bakal menerima vaksin,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Selain itu, Fatimah turut menyeru kepada presiden dan pengurus badan bukan kerajaan (NGO) OKU untuk memaklumkan kepada kementeriannya sekiranya terdapat OKU yang masih belum berdaftar atau belum divaksin.

“Langkah ini adalah untuk memastikan tiada OKU di luar institusi Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak (JKMS) tercicir daripada proses vaksinasi,” katanya. 

Fatimah memaklumkan pada 16 Jun hingga semalam, seramai 750 OKU dan penjaga mereka telah diberikan vaksin di Pusat Agape di Sibu.

“Untuk bahagian dan daerah lain pihak JKMS telah diminta untuk membuat ‘Active Tracing’ (pengesanan aktif) OKU yang belum divaksin dan menyerah senarai tersebut kepada Ketua Pusat Vaksinasi Daerah untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

— BERNAMA

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan