Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Mangsa banjir di PPS Dewan Masyarakat Medamit dibenarkan pulang hari ini. Foto: APM Limbang

17 mangsa banjir dibenar pulang, PPS Dewan Masyarakat Medamit ditutup

LIMBANG, 24 Sept: Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Dewan Masyarakat Medamit yang menempatkan 17 mangsa banjir daripada dua keluarga ditutup hari ini.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Limbang, Leftenan (PA) Mirwan Shah Masri berkata, PPS itu ditutup pada 12 tengah hari tadi.

“Kesemua mangsa dibenarkan pulang ke rumah setelah banjir yang menjejaskan kediaman mereka mulai surut,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Jelasnya keadaan cuaca di sini juga semakin baik ketika ini dan paras air sungai juga semakin menurun.

Sementara itu, Mirwan memaklumkan, satu PPS di Dewan Serbaguna Kampung Buluh Balui masih dibuka yang menempatkan 16 mangsa daripada lima keluarga.

Kesemua mangsa dari Kampung Buluh Balui, Ranggu, Batu Danau dan Pandak. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan