Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sesi dialog dan makan malam bersama rakyat dan pelajar Malaysia di New York. Foto: FB Anwar Ibrahim

Malaysia punyai potensi besar untuk bangkit sebagai ekonomi dinamik

ByBernama

NEW YORK, 23 Sept: Malaysia mempunyai potensi yang amat besar untuk bangkit kembali sebagai sebuah ekonomi yang dinamik, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata ini berikutan negara mempunyai sumber yang diperlukan dan  tenaga kerja berkelayakan, selain mempunyai dasar seperti Ekonomi MADANI, Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga (NETR) dan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030) untuk mendukung matlamat ini.

Dalam satu hantaran di Facebook hari ini, Anwar berkata perkara itu dikongsikan semasa beliau  mengadakan sesi dialog dan makan malam bersama rakyat dan pelajar Malaysia di sini.

“Saya dan Azizah (Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail) amat berbesar hati dapat bertemu dan berdiskusi bersama mereka dalam majlis yang cukup santai,” kata beliau.

Pada majlis itu juga, Anwar berkata beliau turut menyatakan bahawa Kerajaan Perpaduan sedang meneliti kaedah untuk menarik rakyat Malaysia yang mahir untuk kembali menyumbang kepada negara.

“Ini sebagai  usaha menangani krisis penghijrahan cendekiawan atau ‘brain drain’ yang sedang dihadapi negara ketika ini,” katanya.

Perdana Menteri dan delegasi berada di New York untuk menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (UNGA) ke-78.  Beliau telah menyampaikan Kenyataan Negara pada Jumaat di Ibu Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan