Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ditemui media selepas merasmikan Program Konvensyen Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sarawak 2023 Zon Kuching, di Hikmah Exhange, Kuching, hari ini. Foto: TVS
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ditemui pemberita selepas merasmikan Program Konvensyen Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sarawak 2023 Zon Kuching, di Hikmah Exhange, Kuching, hari ini. Foto: TVS

PM setuju, Sarawak bakal anggotai Majlis Tenaga Negara – Abang Johari

ByAhmad Burhanuddin

KUCHING, 23 Sept: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengumumkan Sarawak bakal menganggotai Majlis Tenaga Negara, selepas merekodkan beberapa kejayaan besar berkaitan tenaga boleh diperbaharui.

Menurut Abang Johari perkara itu telah dipersetujui oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

“Kita minta supaya kita dipertimbangkan, sebagai ahli dalam Majlis Tenaga Negara yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri.

“Beliau akan menggubal dasar tenaga untuk seluruh negara dan Sarawak adalah satu wilayah yang telah mengutamakan tenaga mesra alam iaitu tenaga hijau.

“Ia bakal diwujudkan berteraskan kepada Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR),” katanya.

Beliau ditemui selepas merasmikan Program Konvensyen Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sarawak 2023 Zon Kuching, di Hikmah Exhange, di sini pada Sabtu.

Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Mengulas lanjut, Abang Johari mendedahkan Sarawak merupakan sebuah wilayah yang mengutamakan tenaga mesra alam seperti tenaga hidro, gas, solar dan hibrid (solar dan angin).

“Kita mempunyai teknologi dan cara tersendiri untuk mengendali karbon dan juga untuk kita mengeluarkan tenaga yang boleh baharu.

“Oleh sebab itu, pada Sabtu lepas, Perdana Menteri telah mengarahkan pihak Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli melantik Sarawak dalam Majlis Tenaga Negara,” ujarnya.

Sebelum ini, Rafizi memberitahu NETR bukan hanya dilihat sebagai pelengkap kepada dasar tenaga negara malahan mampu menyegerakan aspirasi Malaysia ke arah pelepasan karbon sifar bersih menjelang 2050.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan