Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
kaki mayat
Seorang wanita berusia 58 tahun maut akibat kemalangan yang melibatkan sebuah motosikal dan sebuah kereta di Kilometer 63, Jalan Kuching-Sri Aman, hari ini. Foto hiasan.

Isteri maut, suami cedera parah kemalangan di Jalan Kuching-Sri Aman

ByDayu Adruce

KUCHING, 21 Sept: Seorang wanita berusia 58 tahun maut akibat kemalangan yang melibatkan sebuah motosikal dan sebuah kereta di Kilometer 63, Jalan Kuching-Sri Aman, hari ini.

Ketua Polis Daerah Serian DSP Aswandy Anis berkata dalam kejadian 6.45 pagi, suaminya yang berumur 72 tahun mengalami cedera di kepala dan tangan.

“Siasatan awal mendapati motosikal yang ditunggang pasangan suami isteri itu secara tiba-tiba menukar lorong dari kiri ke kanan.

“Akibat jarak yang dekat, motosikal tersebut dilanggar kereta yang dipandu lelaki berusia 31 tahun,” ujarnya menerusi kenyataan hari ini.

Kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Serian untuk rawatan dan juga bedah siasat.

Bagaimanapun, pemandu kereta yang terlibat tidak mengalami kecederaan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan