Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Abdullah Saidol dan See Chee How pada Program Derma Darah di Tabung Darah, Hospital Umum Sarawak, hari ini. Foto: TVS

Program derma darah bukan klise, Abdullah ajak masyarakat pastikan tabung darah mencukupi

KUCHING, 21 Sept: Derma darah mungkin frasa klise bagi golongan tertentu, tetapi sebenarnya ia program murni yang wajar mendapat perhatian masyarakat.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak Datuk Abdullah Saidol berkata mungkin bagi golongan tertentu hanya sedar apabila mereka memerlukan darah ketika terlantar sakit.

Masyarakat digesa bantu tambah bekalan darah | TVS

“Ini program yang baik untuk diadakan sebab simpanan darah di hospital memang diperlukan. Hospital menggalakkan orang ramai agar menderma darah agar bekalan tabung darah mencukupi,” katanya.

Beliau ditemui pemberita pada Program Derma Darah anjuran Saberkas Batu Lintang di Tabung Darah, Hospital Umum Sarawak (HUS) di sini, hari ini.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Lintang See Chee How.

Abdullah turut kagum dengan kehadiran beberapa penderma tegar yang beranggapan bahawa menderma bukan sekadar kerja kebajikan malah mereka kata baik untuk kesihatan mereka.

Menurutnya lagi, simpanan darah HUS amat penting memandangkan para pesakit bukan sahaja datang dari Kuching, malah dari seluruh Sarawak.

Beliau turut berterima kasih dengan ahli-ahli Saberkas Batu Lintang yang menderma darah, sekali gus menyahut seruan pihak kesihatan agar berbakti kepada masyarakat.

Pujian turut ditujukan kepada anggota pasukan berunifom seperti bomba, polis dan tentera yang sering tidak keberatan untuk hadir ke setiap program derma darah.

“Kepada mereka yang sanggup datang menderma darah, saya harap kesedaran ini akan diperkukuhkan dan seterusnya kita dapat membantu pihak hospital ketika darah diperlukan untuk menyelamatkan pesakit,” katanya.

Program itu mengumpul kira-kira 60 penderma darah bagi keperluan hospital berkenaan.

Pada program itu, Abdullah turut menyampaikan sumbangan dana Projek Kecil Luar Bandar (MRP) sebanyak RM5,000 kepada Saberkas Cawangan Batu Lintang. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan