LIMBANG, 21 Sept: Satu pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Dewan Masyarakat Medamit, bagi menempatkan mangsa banjir petang semalam.
Menurut Pegawai Pertahanan Awam Daerah Limbang, Leftenan (PA) Mirwan Shah Masri, PPS itu dibuka pada 4.30 petang semalam bagi menempatkan 178 orang daripada 61 keluarga.
Jelasnya, semua mereka terbabit adalah penduduk Kampung Baru, Medamit di sini.
“PPS dalam keadaan terkawal dan selamat,” katanya dalam kenyataan media hari ini.
PPS itu dibuka ekoran situasi banjir berlaku susulan hujan berterusan sejak tiga hari lepas. – TVS