Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Di Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek), Datuk Gerawat Gala semasa sesi bergambar dengan penerima anugerah pada Majlis Penutupan Kursus Pentauliahan Pegawai Bomba Bantuan Mencari dan Menyelamat di Gunung dan Gua (MOCSAR) Siri 4/2023 pada hari ini. Foto: TVS

Masalah tapak punca projek bekalan air bersih di Mulu tertangguh

MULU, 20 Sept: Masalah berkaitan tapak menjadi punca projek loji bekalan air bersih di sini yang sudah diluluskan tertangguh.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek), Datuk Gerawat Gala berkata, projek itu juga sebenarnya sudah menerima peruntukan.

“Oleh itu, projek bekalan air bersih ini terpaksa ditunda (yang pasti) kita (Kerajaan Sarawak) akan buat namun mengambil sedikit masa untuk menyelesaikan masalah tapak loji,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas  hadir Majlis Penutupan Kursus Pentauliahan Pegawai Bomba Bantuan Mencari dan Menyelamat di Gunung dan Gua (MOCSAR) Siri 4/2023 di sini hari ini.

 

Datuk Gerawat Gala menandatangani buku pelawat pada Majlis Penutupan Kursus Pentauliahan Pegawai Bomba Bantuan Mencari dan Menyelamat di Gunung dan Gua (MOCSAR) Siri 4/2023 pada hari ini. Foto: TVS

Sementara itu, Gerawat memaklumkan projek serupa juga akan dilaksanakan di Long Panai, Long Patan dan Long Paloh namun turut berdepan sedikit masalah di tapak dan loji air yang menyebabkan kelewatan.

“Terdapat masalah tanah di kawasan tapak untuk loji bekalan air bersih dan projek ini hanya akan dimulakan apabila masalah tersebut telah diselesaikan,” ujarnya.

Sementara itu, Gerawat turut memaklumkan Pusat Pentadbiran Mulu dan Pusat Pekan Kecil Mulu masih di dalam proses perancangan untuk mendapatkan kelulusan reka bentuk bangunan sebelum dilaksanakan sepenuhnya.

“Tapak ini sudah dirasmikan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dua tahun lepas.

“Kerajaan Sarawak yang ditadbir oleh Gabungan Parti Sarawak (GPS) kalau sudah berjanji, pasti akan tunaikan namun projek ini memerlukan sedikit masa untuk dimulakan,” katanya.

Berkenaan projek pembinaan jalan dari Miri ke Kuala Melinau melalui Marudi, Long Panai dan Long Terawan pula, Gerawat berkata, projek itu dijangka akan bermula pada tahun depan.

Dalam pada itu Gerawat memberi jaminan beliau akan memohon peruntukan untuk menaik taraf talian telefon, internet dan elektrik 24 jam.

“Saya juga bersetuju mendapatkan peruntukan untuk membina balai polis di Mulu memandangkan terdapat keperluan terutama aspek keselamatan,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan