Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Julaihi Narawi selepas menyampaikan ucapan bertajuk ‘Mencorak Transformasi Digital Sarawak’ pada Kemuncak Pemimpin-pemimpin Ekonomi Digital di Kuala Lumpur, semalam. Foto: MUT

Pelan Tindakan Ekonomi Digital Sarawak 2030 dilancar 4 Oktober

KUCHING, 20 Sept: Pelan Tindakan Ekonomi Digital Sarawak 2030 yang dijadual dilancarkan pada 4 Oktober ini dirangka bagi menentukan hala tuju negeri ini sebagai peneraju ekonomi digital.

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Datuk Julaihi Narawi berkata pelan berkenaan dijadual dilancarkan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada Kongres Teknologi dan Inovasi Dunia 2023 | Persidangan Ekonomi Digital Antarabangsa Sarawak 2023 (WCIT|IDECS 2023) di sini.

“Pelan tindakan ini adalah asas dalam memastikan kejayaan PCDS 2030 dan bertindak sebagai pemangkin untuk meningkatkan kecekapan dan produktiviti bagi semua sektor ekonomi, memupuk kemakmuran ekonomi, keterangkuman sosial dan kelestarian alam sekitar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan bertajuk ‘Mencorak Transformasi Digital Sarawak’ pada Kemuncak Pemimpin-pemimpin Ekonomi Digital di Kuala Lumpur, semalam.

Mengulas lanjut, beliau berkata pelan tindakan berkenaan adalah pelan pembangunan ekonomi dan sosial yang memberi manfaat kepada sektor awam, perniagaan dan masyarakat menerusi menambah baik perkhidmatan awam, model ekonomi baharu mampan dan akses ke pasaran global, peluang pekerjaan dan kesejahteraan sosial.

Pelan ini mengiktiraf peranan kerajaan dalam menjayakan matlamat pembangunan ekonomi yang dipacu sektor awam dan swasta serta individu, jelasnya.

Menerusi pelaksanaannya, dijangka akan mengubah keseluruhan ekonomi dan masyarakat daripada ekonomi berasaskan sumber konvensional kepada alam sekitar ekonomi yang dipacu teknologi mampan.

“Ekonomi digital yang dinamik memerlukan asas digital yang stabil dan kukuh termasuk infrastruktur, bakat, kemahiran dan keterangkuman, tadbir urus data dan keselamatan siber, penyelidikan, inovasi dan keusahawanan,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan