PADA siangnya mengira wang sebagai pegawai bank, sebelah petangnya pula memenuhi tempahan menjahit barangan kulit.
Abdul Zaheed Hanafi, 28, mempunyai bakat menjahit dan meminati barangan kulit yang dijadikan sumber pendapatan sampingan.
Menjenamakan barangannya sebagai “Jait Leatherworks”, antara hasil kerja tangan beliau termasuklah tali pinggang, dompet, tempat meletak kad nama dan pelbagai lagi.
“Saya beralih menjahit barangan kulit dan menggunakan masa terluang semasa PKP untuk bereksperimentasi menjahit barangan kulit tetapi sebenarnya saya mula suka menjahit sejak di bangku sekolah lagi.
“saya menghadiahkan ibu hasil kerja kulit saya sempena hari ibu,” katanya.
Walaupun bidang jahitan memerlukan ketelitian dan ketekunan, Abdul Zaheed sanggup bersengkang mata bagi demi kepuasan diri serta pelanggan-pelanggannya.
Antara pelanggan setianya terdiri daripada rakan sepejabat yang banyak membantunya mempromiskan hasil kerjanya selepas mendapati kualiti kerjanya sememangnya setanding barangan berjenama dengan harga yang berpatutan.