Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kuasa Usaha Kedutaan Amerika Syarikat (AS), Manu Bhalla ketika ditemubual TVS semasa melakukan lawatan kerja di Pusat Biodiversiti Sarawak, di sini, hari ini. Foto: Lorenzo Isaac (TVS)

Amerika Syarikat puji dasar ekonomi hijau Sarawak, sedia tawar bantuan melalui kerjasama

ByHafeezzur Muzamir

KUCHING, 19 Sept: Langkah progresif Sarawak ke arah ekonomi hijau terus mendapat perhatian negara luar apabila mendapat pujian daripada Amerika Syarikat.

Menurut Kuasa Usaha Kedutaan Amerika Syarikat, Manu Bhalla, agenda ekonomi hijau Sarawak yang berpandukan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) adalah seiring dengan usaha Amerika Syarikat dalam mengawal perubahan iklim dunia.

Sehubungan itu, Manu berkata, Amerika Syarikat sedia menjalinkan kerjasama dan menawarkan bantuan terutamanya dalam sektor pemerangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon (CCUS) bagi menjayakan agenda ekonomi hijau Sarawak.

“Saya amat berbesar hati apabila mendengar ucapan Premier Sarawak ketika Sambutan Hari Malaysia berkenaan tumpuan yang diberikan terhadap sektor tenaga boleh diperbaharui, tenaga hijau, hidrogen dan CCUS.

“Kami mahu membantu Sarawak dan Malaysia dalam semua bidang itu, Amerika Syarikat mempunyai banyak syarikat yang terlibat dalam projek CCUS dan kami pastinya mahu melihat kemahiran mereka digunakan.

“Contohnya, syarikat seperti ExxonMobil, Petroleum Phillips yang sangat aktif dalam penggerudian gas minyak bumi luar pesisir Sarawak dengan sebahagian daripada mereka mempunyai kepakaran dalam CCUS yang boleh dimanfaatkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui TVS semasa melakukan lawatan kerja di Pusat Biodiversiti Sarawak di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Manu berkata, pihaknya juga turut memuji langkah Sarawak dalam penggunaan tenaga hidro dalam sektor tenaga dan penjanaan kuasa dengan menyifatkannya sebagai suatu perkembangan yang positif.

Kata beliau, Amerika Syarikat bersedia memainkan peranannya untuk menyokong usaha Sarawak bagi mengembangkan lagi penggunaan tenaga hidronya.

“Kami berasa gembira apabila mendengar bahawa Sarawak mempunyai campuran kuasa hidro yang begitu tinggi dalam penjanaan tenaga dan sektor janakuasanya.

“Syarikat di Amerika mempunyai kepakaran, kita akan lihat kemungkinan untuk memberi sokongan dalam aspek ini juga,” jelasnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan