Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bercakap pada sidang media selepas Pelancaran Program Digital Transformation Via Accelerated Application di Hotel Pullman. Foto: Mohamed Raffiq (TVS)

Pusat Penyelidikan Biojisim ditubuh, tingkatkan isu keterjaminan makanan – Abang Johari

ByAmirah Shawel

KUCHING, 19 Sept: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengumumkan Pusat Penyelidikan Pertanian berhubung penghasilan makanan haiwan ternakan daripada biojisim bakal ditubuhkan sebagai langkah proaktif dalam meningkatkan keterjaminan makanan wilayah.

Menurut beliau inisiatif penubuhan itu bertujuan bagi meningkatkan kualiti dan kuantiti haiwan ternakan di Sarawak, selain mengurangkan kebergantungan terhadap import luar.

“Dalam erti kata lain, ia terbukti berkesan. Dalam tempoh tiga bulan, berat haiwan ternakan meningkat 14 kilogram (kg) hingga 50kg. Ia naik gemuk bermakna ia berkesan.

“Biojisim yang kita ada juga lebih murah daripada yang diimport daripada luar negara,” katanya pada sidang media selepas Pelancaran Program Digital Transformation Via Accelerated Application di Hotel Pullman, di sini hari ini.

Abang Johari mendedahkan pusat penyelidikan yang akan dikendalikan Kolej Universiti i-CATS itu akan menghasilkan makanan haiwan ternakan serta baja bagi sekali gus memperkaya sektor pertanian di Sarawak.

“Terdapat pusat penyelidikan pertanian yang tidak digunakan di Asajaya dengan keluasan 10 ekar tanah, jadi saya berikan kepada universiti dan mereka akan buat penyelidikan bersama-sama dengan komuniti. Di kawasan Samarahan dari Gedong, Simunjan ke Asajaya, Sadong Jaya, Sibuyau, Lingga dan hingga ke Sri Aman.

“Kami akan meminta universiti untuk memantau kawasan ini kerana mereka ada biojisim daripada kelapa dan kelapa sawit di sana,” ujarnya.

Tambah Abang Johari lagi, pelajar Kolej Universiti I-CATS juga akan memanfaatkan teknologi dan data yang ada untuk penyelidikan berkenaan.

Terdahulu, Pro Naib Canselor Industri, Perhubungan Komuniti dan Pengkomersilan Kolej Universiti i-CATS, Professor Dr. Kopli Bujang memaklumkan isu utama pemeliharaan haiwan di Sarawak adalah kos makanan import yang tinggi.

i-CATS telah berjaya mencipta bahan makanan daripada daun sagu, rumput napier dan juga jagung. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan