Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Keadaan bas yang terjatuh ke dalam gaung di Peru. Foto: Reuters

24 terbunuh dalam nahas bas di Peru

LIMA, 19 Sept: Sekurang-kurangnya 24 orang terbunuh pada awal Isnin apabila bas yang mereka naiki tergelincir dari jalan raya dan terjunam 200 meter ke dalam gaung di wilayah Huancavelica di barat daya Peru, lapor media tempatan.

Kemalangan berlaku kira-kira 1.30 pagi waktu tempatan (0630 GMT) di kawasan pergunungan di wilayah Churcampa.

Mangsa yang maut termasuk kanak-kanak, menurut Xinhua memetik laporan penyiar Berita Radio Programas del Peru yang memetik kenyataan Rangkaian Kesihatan Bersepadu Churcampa.

Mereka yang cedera dibawa ke hospital di bandar Huancayo, Pampas dan Ayacucho.

Datuk Bandar daerah Anco, Manuel Zevallos, memberitahu stesen radio bahawa keadaan jalan raya itu  tidak sempurna akibat runtuhan salji di kawasan itu sejak sebulan lepas.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan