Kota Samarahan, 18 Jun – Pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengambil pendekatan pandu lalu bagi mempercepatkan proses vaksinasi buat warganya, khususnya Tentera Darat Malaysia (TDM).
Menurut sumber, program tersebut akan dilancarkan pada Sabtu, 19 Jun 2021 dengan dihadiri Menteri Kanan Pertahanan, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob bagi menyaksikan prosedur pemberian vaksin kepada anggota tentera pada jam 3 petang bertempat di Kem Muara Tuang, Kota Samarahan.
Difahamkan pemberian vaksin di kem tersebut hanya melibatkan anggota tentera darat dan ahli keluarga sahaja.