Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Sesi Penggulungan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12, hari ini. Foto: Jabatan Penerangan Malaysia

980 pintu rumah panjang baharu di Selangau bakal terima manfaat liputan bekalan air bersih, terawat

ByAmirah Shawel

KUALA LUMPUR, 18 Sept: Tiga Projek Menaik Taraf Loji Air Sekuau di Parlimen Selangau dijangka akan memberi manfaat kepada 980 pintu rumah panjang baharu di kawasan Sekuau dan sekitarnya.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, projek-projek bekalan air luar bandar tersebut ketika ini adalah dalam peringkat reka bentuk terperinci.

“Projek ini melibatkan skop pembinaan loji rawatan air berkapasiti 7 megaliter setiap hari (MLD). Projek ini akan memberi manfaat kepada 980 pintu rumah panjang atau akaun baharu di kawasan Sekuau dan sekitarnya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Sesi Penggulungan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12, hari ini.

Program Bekalan Air Luar Bandar (BALB) Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah adalah untuk merapatkan jurang bekalan air bersih dan terawat ke kawasan luar bandar melalui penyambungan paip retikulasi dari paip utama Pihak Berkuasa Air Negeri (PBAN). – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan