Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Anggota bomba mengusung keluar mayat OKU yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Pisang, Ayer Itam di George Town awal pagi tadi. Foto: JBPM

Lelaki OKU rentung dalam kebakaran dua rumah

GEORGE TOWN, 18 Sept: Seorang lelaki Orang Kelainan Upaya (OKU) ditemukan rentung selepas gagal menyelamatkan diri dalam kebakaran membabitkan dua buah rumah di Kampung Pisang, Ayer Itam di sini, awal pagi tadi.

Mangsa yang terkorban dalam kejadian kira-kira pukul 4 pagi itu dikenal pasti sebagai Yeoh Hock Chuan, 63, yang mayatnya dijumpai di bawah katil di dalam bilik.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Paya Terubong, Mohd Shakir Abdullah berkata, anggota pasukannya bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada pukul 3.44 pagi.

Ujar beliau, kebakaran itu didapati membabitkan dua buah rumah kampung yang setiap satu berkeluasan kira-kira 116 meter persegi dengan anggaran kemusnahan sebanyak 90 peratus.

“Terdapat seorang mangsa yang meninggal dunia iaitu lelaki OKU yang dikatakan menghidap strok di bahagian kanan badan.

“Mangsa ditemui dalam keadaan rentung selepas bomba berjaya mengawal kebakaran pada pukul 4.28 pagi,” katanya. – TVS

 

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan