Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa memberi ucapan sempena Sambutan Hari Malaysia 2023 Peringkat Kebangsaan di Stadium Perpaduan. Foto: Faitullah Morni (TVS)

Perdana Menteri ikrar akan selesaikan tuntutan hak MA63

ByMuqri Aziz

KUCHING, 16 Sept: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan bahawa akan menyelesaikan isu tuntutan hak dan keistimewaan dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) kepada Sarawak dan Sabah.

Tegasnya mengembalikan tuntutan hak MA63 yang telah dimeterai pada 1963 dahulu bukanlah suatu perundingan namun ia perlu dilaksanakan.

“Jemaah Menteri, hampir keseluruhannya di sini, kita tahu pendirian kita. Tanggungjawab saya sebagai generasi penerus ialah melaksanakan janji dan perjanjian yang dimeterai di antara pemimpin-pemimpin negara kita tatkala telah membentuk Malaysia termasuk MA63 bukan untuk dirunding tetapi untuk dilaksanakan.

“Saya tidak mahu ada perasaan di Sabah dan Sarawak bahawa Semenanjung Malaysia seolah-olah dipinggirkan kerana kami adalah generasi baharu yang mahu melaksanakan dan memperkotakan apa yang dikatakan dan apa yang telah dimeterai oleh bapa-bapa kita pada ketika dahulu,” katanya ketika berucap pada Majlis Sambutan Hari Malaysia 2023 Peringkat Kebangsaan di Stadium Perpaduan, Kuching di sini pada Sabtu.

Sebaliknya menurut beliau ia merupakan suatu tanggungjawab yang harus dipikul oleh setiap warganegara Malaysia untuk melaksanakannya sebagai satu bangsa Malaysia yang hebat dan terkenal.

Dalam pada itu, beliau menzahirkan terima kasih kepada Kerajaan Sarawak kerana cogan kata ‘Segulai Sejalai’ telah menggambarkan  semangat Malaysia baharu kerana ia kini diucapkan oleh semua rakyat Malaysia.

“Apabila kita menyambut Hari Malaysia mahupun Hari Kebangsaan, semangat ‘Segulai Sejalai’ jangan kita lupakan kerana dasar ibu bapa kita terdahulu.

“Oleh itu, cogan kata ‘Segulai Sejalai’ perlu terus dihayati oleh semua rakyat Malaysia,” tegasnya.

Penghayatan cogan kata ‘Segulai Sejalai’ yang membawa maksud ‘Seiring Sejalan’  diterjemahkan dengan kehadiran lebih 5,000 orang pengunjung yang membanjiri Stadium Perpaduan, Kuching, Sarawak sempena sambutan Hari Malaysia 2023, semalam.

‘Segulai Sejalai’ melambangkan kesatuan, perpaduan serta semangat kerjasama yang utuh dalam kalangan rakyat Malaysia. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan