Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menandatangani Bup Khas Hari Malaysia sempena Sambutan Hari Malaysia 2023 Peringkat Kebangsaan di Stadium Perpaduan. Foto: Faitullah Morni (TVS)

Kerajaan Persekutuan harus seimbangkan pembangunan di Sarawak, Sabah untuk seiring Nusantara – Abang Johari

ByHafeezzur Muzamir

KUCHING, 16 Sept: Kerajaan Persekutuan dimohon mengutamakan pembangunan Sabah dan Sarawak agar dapat menyaingi perkembangan negara serantau terutamanya Indonesia sedang mengorak langkah membangunkan Ibu Kota Nusantara di Kalimantan.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, perhatian terhadap keutamaan itu amat diperlukan ekoran ia melibatkan pemerkasaan keselamatan sempadan Sabah dan Sarawak.

“Tidak kurang pentingnya keselamatan di perbatasan harus dipertingkatan di samping inisiatif untuk menaik taraf kemudahan-kemudahan lintas perbatasan, khususnya Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sambutan Hari Malaysia 2023 Peringkat Kebangsaan di Stadium Perpaduan, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Abang Johari menyifatkan Kerajaan Persekutuan yang kukuh dalam suasana kestabilan politik yang kekal sahaja mampu memikirkan secara fokus keperluan-keperluan di seluruh negara, khususnya keperluan di Sarawak dan Sabah.

Sehubungan itu, Abang Johari yang juga Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) memberi jaminan gabungan itu akan terus memberi sokongan kepada Kerajaan Perpaduan agar kestabilan terus kekal.

“Kerajaan GPS akan terus memberi sokongan kepada Kerajaan Perpaduan supaya terus wujud kestabilan yang lebih kekal agar Kerajaan Persekutuan boleh mentadbir dengan lebih fokus demi Malaysia yang mampan, lestari dan Madani.

“Walaupun, Sarawak dan Sabah menuntut berberapa perkara khususnya di bawah MA63, ia tidak bererti Sarawak, Sabah dan Semenanjung Malaysia tidak boleh bekerjasama dan memperkukuhkan perpaduan demi Malaysia yang tercinta.

“Penubuhan Kerajaan Perpaduan adalah bukti perbezaan tidak menjadi penghalang ke arah perpaduan,” jelasnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan