Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Anwar Ibrahim diringi Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor menghadiri Sambutan Hari Malaysia 2023 Peringkat Kebangsaan di Stadium Perpaduan, Kuching. Foto, Faitullah Morni (TVS)

PM jamin keluhan rakyat Borneo kepada Agong akan diteliti, diselesaikan sebaiknya

ByMuqri Aziz

KUCHING, 16 Sept: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan bahawa segala keluhan dan permasalahan yang diutarakan oleh rakyat Sabah dan Sarawak kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sewaktu Kembara Kenali Borneo akan diteliti dan diselesaikan sebaiknya.

Beliau mendedahkan Al-Sultan Abdullah telah menyerahkan kesemua surat dan petisyen kepadanya pada Khamis lalu sambil menzahirkan baginda masih sangat terkesan dengan pengalaman dilalui rombongan diraja sepanjang kembara 11 hari itu.

“Kasih rakyat ini dan saya terpaksa pikul beban yang tebal dan saya memberi jaminan, Insya-Allah, saya akan arahkan semua jentera teliti setiap surat dan akan kita cuba selesaikan sebaiknya.

“Segalah permasalahan yang saya rasa susah, saya akan serahkan kepada Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor untuk selesaikan,” katanya ketika berucap pada Majlis Sambutan Hari Malaysia 2023 Peringkat Kebangsaan di Stadium Perpaduan, Kuching di sini pada Sabtu.

Anwar dalam pada itu mengakui terpegun dengan sambutan meriah daripada rakyat Borneo yang menyambut keberangkatan tiba Al-Sultan dan Tunku Azizah ke Borneo untuk Kembara Kenali Borneo.

“Baginda masih sangat terkesan, dibicara dengan penuh perasaan, berlinang air mata kerana terpegun dan terkesan dengan kasih sayang rakyat tunjukkan kepada baginda berdua,” kata beliau lagi.

Pada 3 September lalu, Al-Sultan Abdullah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan menyertai Kembara Kenali Borneo selama 11 hari yang berakhir pada 13 September lalu dengan memulakan perjalanan dari Tawau, Sabah dan tamat di Telok Melano, Sematan yang menelusuri jarak 2,154 kilometer.

Baginda berdua menyifatkan kembara itu sebagai peluang untuk mengeratkan silaturahim dengan rakyat khususnya di Sabah dan Sarawak. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan