Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari menerima kunjungan hormat daripada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Datuk Abdul Johari hari ini di Wisma Bapa, Kuching. Kredit: Facebook Dato' Johari Abdul

Premier Sarawak terima kunjungan hormat Yang Dipertua Dewan Rakyat

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 16 Sept: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menerima kunjungan hormat daripada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Datuk Abdul Johari, pada Sabtu.

Menurut Abdul Johari dalam satu kenyataan hari ini, pertemuan empat mata pada jam 3 petang itu diadakan bagi membincangkan kelestarian alam sekitar termasuk usaha penggunaan tenaga boleh baharu.

“Saya turut menzahirkan rasa kagum kepada Premier Sarawak atas usaha beliau dalam memacu pembangunan sumber tenaga boleh diperbaharui seperti tenaga solar, angin dan hidroelektrik demi sasaran sifar bersih Sarawak,” katanya dalam kenyataan berkenaan.

Dari kanan: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari ketika menerima kunjungan hormat dari Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Datuk Abdul Johari hari ini di Wisma Bapa, Kuching. Kredit: Facebook Dato’ Johari Abdul

Dalam masa sama, Abdul Johari juga berharap agar tali persahabatan dan keakraban yang dikongsi dalam kalangan rakyat Malaysia berkekalan untuk kemakmuran negara. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan