KUCHING, 16 Sept: Lebih 100 peserta berbasikal menyertai ‘fun ride’ Hari Malaysia di Satok hari ini.
Acara tahunan pada bulan kebangsaan anjuran Persatuan Ketua Masyarakat Satok (KMKK)Â itu diadakan sempena sambutan Hari Malaysia bagi kawasan DUN Satok.
Sementara acara pelepasan ‘flag-off’ telah disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Satok Datuk Ibrahim Baki pada pagi tadi.
Program dengan jarak laluan lima kilometer itu bermula dari Kompleks Sukan Satok, Padang SLPAS dengan rombongan menjelajah kawasan kampung berhampiran.
Turut hadir Datuk Bandar Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU), Hilmy Othman dan ahli jawatankuasa komuniti dan pembangunan (JKKK) kampung kawasan Satok. – TVS