Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil menghadiri program Hari Bersama Komuniti Pusat Ekonomi Digital (PEDi), Dewan Masyarakat Kampung Krokong, Bau. Foto: TVS

Peranti Starlink di Kampung Puak selesaikan masalah capaian internet – Fahmi Fadzil

BAU, 16 Sept: Pemasangan peranti Starlink yang bernilai lebih RM 11,000 di Kampung Puak berjaya menyelesaikan masalah telekomunikasi dan internet yang dihadapi penduduk kampung tersebut dan kawasan sekitarnya, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.

Menurut Fahmi, meskipun terdapat sebuah menara telekomunikasi di kawasan itu namun ia belum lagi boleh beroperasi dan mengambil masa sekitar sembilan bulan bagi syarikat telekomunikasi yang dipilih menyiapkan pemasangan peralatan telekomunikasi di menara tersebut.

Piring Peranti Starlink yang dipasang beroperasi secara automatik dan mampu memberikan data internet dengan kelajuan 200 mbps. Foto: TVS

Sebagai alternatif penyelesaian masalah itu, Fahmi memberitahu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah memasang sebuah peranti Starlink di Dewan Orang Ramai Kampung Puak bagi memastikan kemudahan internet diperolehi penduduk kampung.

“Tadi di Dewan saya telah menyaksikan kelajuan (capaian internet) Starlink mencapai 200 mbps walaupun pada waktu itu lebih 55 peranti sedang bersambung dengan peranti Starlink.

“Maksudnya walaupun ada 55 peranti yang bersambung, kelajuannya tetap 200 mbps” ujarnya.

Namun begitu Fahmi mendedahkan lingkungan capaian internet menggunakan peranti Startlink adalah terhad sehingga 100 meter dan terdapat permintaan dari penduduk sekitar supaya capaian itu diperluaskan lagi.

Sehubungan dengan itu Fahmi berkata, Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) bersama SKMM akan mengkaji penggunaan extender bagi membolehkan liputan internet dapat dinikmati oleh penduduk yang berada dalam lingkungan melebihi 100 meter.

“Jawapan kita kepada penduduk ialah kita sedang meneliti seperti yang SKMM telah lakukan di Kampung Orang Asli Ulu Kemensah, satu proof of concept Starlink disitu untuk menggunakan mesh ataupun extender untuk meningkatkan lingkupan capaian internet di kawasan itu” katanya.

Fahmi berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri program Hari Bersama Komuniti Pusat Ekonomi Digital (PEDi), Dewan Masyarakat Kampung Krokong, Bau, pada Sabtu.

Terdahulu, Fahmi bersama rombongan KKD dan SKMM berada di Dewan Orang Ramai Kampung Puak bagi melihat peranti Starlink yang telah beroperasi sepenuhnya sejak 6 September lalu

Hadir sama Ahli Parlimen Puncak Borneo, Datuk Willie Mongin, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Serembu Miro Simuh dan Pengarah SKMM Sarawak Adiman Ajem. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan