Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kaki tangan hospital memasang papan tanda bertulis "Wad pengasingan Nipah, dilarang sama sekali" di hospital. Foto: Reuters.

India dapatkan dos antibodi dari Australia tangani virus Nipah

ByBernama

NEW DELHI, 16 Sept: Kerajaan India akan mendapatkan lebih banyak dos antibodi monoklon dari Australia untuk merawat jangkitan virus Nipah ekoran kebimbangan terhadap penularan wabak itu di selatan India.

“Kami mendapat beberapa dos antibodi monoklon dari Australia pada 2018. Pada masa ini dos tersedia untuk hanya 10 pesakit,” Rajeev Bahl, ketua pengarah Majlis Penyelidikan Perubatan India, dipetik sebagai berkata dalam laporan media tempatan pada Jumaat.

“Sebanyak 20 dos lagi sedang diperolehi. Tetapi ubat itu perlu diberikan semasa peringkat awal jangkitan,” katanya.

Jangkitan itu menyebabkan demam dengan kadar kematian yang tinggi, yang menurut Bahl.

India cuba membendung wabak Nipah, yang kali pertama dilaporkan di negeri Kerala dan telah meragut dua nyawa.

Beratus-ratus orang berpotensi terdedah kepada virus itu, menurut laporan itu.

Beberapa kampung telah diisytihar sebagai zon pembendungan (containment zone) dan sekolah telah ditutup di Kerala.

Pihak berkuasa di negeri Karnataka memaklumkan mereka telah meningkatkan pengawasan di daerah sempadan dan jabatan kesihatan Tamil Nadu berkata pihaknya akan mengikut garis panduan yang dikeluarkan oleh kerajaan persekutuan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan