KUCHING, 15 Sept: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak Datuk Talib Zulpilip dilaporkan meninggal dunia petang ini.
Berita kematian Talib dikongsi menerusi hantaran Facebook DUN N67 Jepak sebentar tadi.
Difahamkan, Talib yang juga Penasihat Pembangunan Jepak Jaya meninggal dunia di sebuah pusat perubatan swasta di bandar raya ini.
Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 2021, Allahyarham mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak dengan 4,243 undi majoriti.
Berita lanjut menyusul. -TVS