Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek meninjau salah satu fasiliti bilik darjah ketika melawat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gedong. Foto: TVS

Proses baik pulih sekolah daif di Sarawak capai 75 peratus

GEDONG, 15 Sept: Projek membaik pulih sekolah daif di Sarawak setakat ini mencapai kemajuan mencecah 75 peratus, kata Fadhlina Sidek.

Beliau yang juga Menteri Pendidikan berkata, inisiatif itu secara keseluruhan berjalan lancar walaupun terdapat sedikit kelewatan melibatkan beberapa projek.

Namun demikian kata Fadhlina, perkara itu sudah diatasi serta tidak menjejaskan kerja keseluruhan untuk menyediakan fasiliti yang kondusif di sekolah terlibat.

“Kita (kementerian) mempunyai pasukan pemantau dan jawatankuasa yang akan melihat dan memastikan perlaksanaan setiap projek ini mengikut perancangan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gedong di sini hari ini.

Sehingga April 2022, sejumlah 455 buah sekolah menengah dan sekolah rendah di Sarawak dikenal pasti sebagai daif dan dalam keadaan kritikal.

Daripada jumlah tersebut sebanyak 381 projek pembangunan semula sekolah daif di Sarawak telah diluluskan sejak 2016.

Sebanyak 223 projek menaik taraf dan bina semula sekolah daif telah siap.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan