Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Datuk Liwan Lagang. Foto: TVS

Kepimpinan Abang Johari menyuburkan perpaduan di Sarawak – Liwan

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 15 Sept: Kepimpinan Premier Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg merupakan teladan yang baik dalam menyuburkan lagi toleransi dan hormat-menghormati rakyat berbilang kaum dan agama di Sarawak.

Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Liwan Lagang berkata antara teladan yang baik dibuktikan Abang Johari ialah penubuhan Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) yang bertindak menyalurkan dana kepada rumah ibadat selain Islam.

“Lawatan beliau pada tahun 2020 di Long Busang yang telah meluluskan peruntukan bagi pembinaan masjid berjumlah RM1,000,000 manakala RM1,000,000 bagi pembinaan gereja umum di Sungai Asap dan RM10,000,000 bagi Masjid Daerah Belaga membuatkan rakyat dapat melihat dan menilai kepimpinan Premier,” katanya menerusi Dialog TVS yang disiarkan malam tadi.

Toleransi kaum dan agama juga dapat dilihat menerusi sambutan perayaan di Sarawak yang diraikan secara bersama-sama walaupun berbeza kaum dan agama.

Kepimpinan kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) juga menurutnya mengambil pendekatan yang sama rata dalam pembangunan di seluruh negeri, malah berpandangan jauh.

“Apabila bercakap mengenai digital ketika era COVID-19 dahulu, ramai yang berpendapat bahawa Abang Johari sebagai seorang yang terlalu ‘advanced’. Namun apabila tiba pada masanya, rakyat kemudian sedar apabila digital menjadi perkara yang harus dilaksanakan ketika wabak masih berlaku,” katanya lagi.

Perpaduan yang kukuh turut dilihat menerusi Kembara Kenali Borneo Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Tanpa mengira kaum dan agama, warga Sarawak meraikan keberangkatan tiba rombongan diraja itu di setiap lokasi persinggahan.

“Penyatuan masyarakat ini juga dapat dilihat melalui Konvoi Kembara Sarawak Merdeka Maju 60 Tahun yang meliputi 12 bahagian di seluruh Sarawak bermula 28 Mei sehingga 20 Julai lalu,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan