Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Majlis Amanat Perdana Integriti (MAP-i) 2023 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching. Foto: Ahmad Nasrullah (TVS)

Sarawak hanya tuntut hak, hormati MA63 – Abang Johari

ByAmirah Shawel

KUCHING, 14 Sept: Sarawak sentiasa bekerjasama dalam usaha menuntut haknya seperti termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) kata Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Premier Sarawak itu berkata, apa yang dilakukan wilayah ini ialah hanya mahu keadilan dan membuat tuntutan berdasarkan perjanjian berkenaan. 

“Kita mempunyai sistem undang – undang yang adil serta MA63. Oleh itu, kita perlu mematuhinya dan itulah yang Sarawak lakukan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Amanat Perdana Integriti 2023 (MAP -i) di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini hari ini.

Yang turut hadir, dua Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Dato Sri Dr. Sim Kui Hian serta Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali.

Mengulas lanjut, Abang Johari berkata, perkara itu juga perlu dilaksanakan bagi menyelesaikan isu tuntutan hak terhadap penemuan enam telaga minyak dan gas baru – baru ini oleh Petronas Carigali Sdn Bhd di lima blok di luar pantai Sarawak.

“Bagi saya, ini merupakan situasi menang-menang dan Sarawak bekerjasama dengan Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) dan Kerajaan Persekutuan serta tidak bertelagah berhubung penemuan itu.

“Kami hanya mahukan apa yang menjadi milik Sarawak. (Di peringkat Kerajaan Persekutuan) terdapat Akta Kemajuan Petroleum 1974 manakala Sarawak mempunyai undang-undangnya sendiri iaitu Ordinan Perlombongan Minyak 1958 (OMO) yang tidak dimansuhkan.

“Oleh itu, kita harus berkongsi dan bekerjasama demi Malaysia. Jika Sarawak makmur, Malaysia juga akan makmur,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan