Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berucap menyampaikan Amanat Perdana Integriti di Majlis Amanat Perdana Integriti (MAP-i) 2023 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching. Foto: Ahmad Nasrullah (TVS)

Abang Johari beri jaminan selesai isu kenaikan gaji penjawat awam

ByAmirah Shawel

KUCHING, 14 Sept: Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg memberi jaminan akan menyelesaikan isu kenaikan gaji penjawat awam sebelum beliau bersara sebagai Premier Sarawak.

Sehubungan itu Abang Johari berkata, beliau telah meminta Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki supaya melakukan kajian ke arah melaksanakan perkara itu.

Isu gaji penjawat awam Sarawak akan diperhalusi | TVS

Kata beliau, ketika ini Sarawak berdepan kekangan untuk menaikkan gaji penjawat awamnya kerana perlu merujuk undang – undang di Putrajaya.

“(Oleh itu) saya perlu mencari jalan penyelesaian bagaimana Sarawak tidak terikat dengan dana pencen.

“Saya tahu gaji penjawat awam Sarawak tidak begitu padan dengan kerja mereka dan isu kenaikan kos sara hidup ketika ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Amanat Perdana Integriti di Majlis Amanat Perdana Integriti (MAP-i) 2023 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching, hari ini.

Yang turut hadir, dua Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Dato Sri Dr. Sim Kui Hian serta Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali.

Mengulas lanjut, Abang Johari berkata, beliau percaya Sarawak dapat mencari penyelesaian kepada masalah gaji penjawat awam dan akan melaksanakannya dengan baik.

“Sebab itu sebelum pencen saya akan selesaikan masalah ini,” ujarnya.

Sementara itu, Abang Johari juga berharap setiap penjawat awam dapat meningkatkan produktiviti mereka bagi memperkukuh ekonomi serta meningkatkan pendapatan Sarawak. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan