Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Vaksinasi Harian Terus Lepasi Sasaran

ByBernama

KUALA LUMPUR: Jumlah vaksinasi harian bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan menunjukkan trend positif apabila terus melepasi sasaran 200,000 dos sehari, dengan 204,839 lagi dos diberikan semalam.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba menerusi perkongsian di Twitter berkata daripada jumlah pemberian vaksin semalam, seramai 196,775 individu menerima dos pertama manakala 8,064 individu menerima dos kedua.

Berdasarkan perkembangan ini, seramai 1,476,753 individu telah melengkapkan dua dos vaksin COVID-19 dan seramai 3,632,195 individu telah menerima dos pertama, menjadikan jumlah keseluruhan pemberian dos pertama dan kedua di negara ini adalah sebanyak 5,108,948.

Lima negeri yang mencatatkan penerima kedua-dua dos tertinggi ialah Selangor dengan 188,497 diikuti Sarawak (169,172); Johor (143,268); Perak (139,623) dan Kuala Lumpur (132,417).

Pada Selasa negara buat pertama kali merekodkan 215,876 dos vaksinasi harian, sekali gus mencapai sasaran yang ditetapkan kerajaan iaitu 200,000 dos sehari.

Sementara itu, berdasarkan laporan harian jumlah pendaftaran kumulatif vaksin di laman sesawang www.vaksincovid.gov.my, sebanyak 14,637,437 pendaftaran direkodkan setakat semalam.

– BERNAMA

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan