Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tangkap layar video menunjukkan kesan kebakaran sebuah blok pangsapuri di ibu negara Vietnam, Hanoi yang telah mengorbankan 56 orang dan mencederakan 37 yang lain setakat petang Rabu. Foto: Reuters

56 maut kebakaran pangsapuri di Hanoi, Vietnam

ByReuters

HANOI, 13 Sept: Kebakaran sebuah blok pangsapuri di ibu negara Vietnam, Hanoi telah mengorbankan 56 orang dan mencederakan 37 yang lain setakat petang Rabu.

Sebanyak 39 daripada 56 mayat telah dikenal pasti, lapor Agensi Berita Vietnam.

Seorang lelaki tempatan berusia 44 tahun, pemilik blok pangsapuri sembilan tingkat di daerah Thanh Xuan itu telah ditahan kerana melanggar peraturan mengenai pencegahan kebakaran.

Terdahulu pada awal pagi Rabu, puluhan penduduk dilaporkan terbunuh manakala 54 lagi dimasukkan ke hospital selepas blok pangsapuri itu terbakar sebelum tengah malam Selasa, lapor Xinhua.

Kebakaran berlaku di tingkat pertama blok pangsapuri yang dihuni 150 orang di kawasan Khuong Dinh, daerah Thanh Xuan.

Dalam lapan bulan pertama tahun ini, Vietnam mencatatkan 1,286 kebakaran dan letupan yang membunuh 69 orang, mencederakan 64 yang lain, selain menyebabkan kerugian harta benda hampir 200.7 bilion dong Vietnam (US$8.3 juta). – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan