Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Cadangan perkenalkan semula GST memerlukan pertimbangan yang teliti serta pendekatan seimbang.Foto,Envato.

Perkenalkan semula GST perlu pertimbangan teliti kerajaan

ByMuqri Aziz

KUCHING, 13 Sept: Cadangan memperkenalkan semula Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) atau meneruskan strategi hasil sumber alternatif seperti Cukai Keuntungan Modal (CGT) memerlukan pertimbangan yang teliti serta pendekatan seimbang.

Pensyarah di Fakulti Ekonomi dan Perniagaan, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) Dr Nor Afiza Abu Bakar berkata, sebelum keputusan berkenaan perkara itu diputuskan, kerajaan harus melaksanakan penilaian menyeluruh terhadap keperluan fiskal, potensi pendapatan dan kesan kepada rakyat serta perniagaan.

Pensyarah Fakulti Ekonomi dan Perniagaan, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) Dr Nor Afiza Abu Bakar. Foto: UNIMAS

Pada masa beliau mengakui, GST mempunyai kelebihan kerana berupaya menyediakan sumber pendapatan yang konsisten kepada kerajaan.

“Ini kerana (GST) merupakan cukai penggunaan, yang bermakna dikutip apabila pengguna membeli barangan dan mendapatkan perkhidmatan.

“Ini boleh membantu menstabilkan kewangan kerajaan, terutamanya semasa kemerosotan ekonomi,” katanya ketika dihubungi TVS hari ini.

Nor Afiza berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli pada sidang media selepas Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) di Parlimen kelmarin yang kerajaan tidak menolak untuk memperkenalkan semula GST yang telah dimansuhkan sebelum ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, kerajaan juga disaran menimbangkan risiko kepada rakyat secara keseluruhannya kerana GST berpotensi menjejaskan kos sara hidup, terutamanya kepada pengguna atau isi rumah yang berpendapatan rendah.

“Oleh itu satu mekanisme untuk melindungi populasi atau pengguna seharusnya diambil kira sewajarnya,” katanya.

Berhubung penekanan untuk CGT pula, beliau berkata, ia juga merupakan antara alternatif untuk meningkatkan hasil atau pendapatan negara.

“CGT terutamanya memberi kesan kepada individu yang mempunyai pelaburan dan aset yang besar, berpotensi mempromosikan kesaksamaan pendapatan yang lebih besar dan ia mempelbagaikan aliran pendapatan, mengurangkan pergantungan kepada mana-mana sumber cukai tunggal,” katanya. -TVS

Tags: cgt, cukai, EKONOMI, GST

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan