Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Dr Sim Kui Hian (tengah) merakam gambar bersama Andre Suharto (empat, kiri) dan Elder Sandy (dua, kiri). Foto: TVS

Yang di-Pertuan Agong tunjuk contoh yang baik selaku Ketua Negara – Dr. Sim

KUCHING, 13 Sept: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah menunjukkan contoh yang baik sebagai Ketua Negara kerana mencemar duli menyantuni rakyat Sarawak sepanjang Kembara Borneo yang berakhir di Telok Melano hari ini.

Timbalan Premier Sarawak, Dato Sri Dr. Sim Kui Hian, keberangkatan tiba dua anakanda baginda iaitu Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Panglima Perang Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah bersama Raja Permaisuri Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah untuk mendekati rakyat di sini juga harus dijadikan contoh oleh pemimpin lain.

Tambah Dr. Sim, meskipun Seri Paduka kepenatan kerana memandu jauh, baginda sekeluarga masih bersalaman dan tersenyum menyantuni rakyat yang setia menanti keberangkatan tiba baginda pada 12.15 tengah malam tadi di Hotel Pullman.

“Sikap baginda sangat memberikan inspirasi, Yang di-Pertuan Agong bukan sahaja berjiwa rakyat malah contoh yang baik sebagai ketua keluarga.

“Seri Paduka boleh sahaja meminta anakanda – anakanda tinggal di istana tanpa perlu mengikut baginda dan Raja Permaisuri Agong bertemu rakyat Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Replika Cek kutipan dana berjumlah RM 1.95 juta dari Rotary Club Urban Kuching (RCUK) dan Latter-day Saint Charities (LDSC) kepada wakil Hospital Umum Sarawak (HUS) dan Hospital Sentosa Kuching (HSK) di sini pagi tadi.

Turut hadir, Presiden RCUK Andre Suharto, Pengarah Hospital Sentosa 1 Dr. Rosilwati Md Yusoff, Timbalan Pengarah HUS, Dr. Norinawaty Abang Daud dan wakil dari Latter-day Saints Charities Elder Sandy dan Ardela Hall.

Program pagi tadi menyaksikan RCUK menyampaikan sumbangan berjumlah RM 700,000 manakala LDSC sebanyak RM 1.25 juta bagi membeli peralatan pembedahan dan perubatan di dua hospital itu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan