Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan V. Saravanan (tengah) menunjukkan pek-pek serbuk miniman disyaki mengandungi dadah pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut di George Town hari ini. Foto: TVS

Pasangan kekasih ditahan jual jus dadah perisa buah

GEORGE TOWN, 13 Sept: Pasangan kekasih antara tiga individu yang ditahan polis selepas dipercayai terlibat dalam kegiatan penjualan serbuk jus minuman mengandungi dadah pada operasi Khamis lalu.

Serbuan pukul  7 malam membabitkan tiga lokasi itu turut melibatkan rampasan sebanyak 199 pek serbuk jus miniman berkenaan yang dipercayai mengandungi dadah jenis methylenedioxy-methamphetamine (MDMA).

Antara yang dirampas adalah serbuk jus berperisa nanas, lemon madu, epal, laici dan teh.

Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan V. Saravanan berkata, lelaki warga tempatan dan teman wanitanya warga Vietnam berusia antara 20 dan 30 tahun ditahan pada operasi di Persiaran Karpal Singh.

Katanya, pasukan dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis (IPD) Timur Laut kemudiannya menyerbu sebuah rumah di Jalan Sungai Pinang dan menemui pek serbuk minuman tersebut.

“Pada serbuan terbabit, polis merampas 183 pek serbuk jus berkenaan yang dianggarkan bernilai kira-kira RM64,050.

“Serbuan berikutnya di Pulau Tikus, seorang lagi lelaki tempatan berusia 31 tahun ditahan dan polis merampas 16 pek jus minuman berisi MDMA bernilai RM5,600, ketamin dan pil Erimin 5,” katanya pada sidang media di IPD Timur Laut di sini hari ini.

Sementara itu, Saravanan berkata, hasil siasatan polis mendapati sindiket berkenaan bergiat aktif dalam kegiatan berkenaan sejak awal tahun ini dengan memasarkannya di pusat hiburan.

“Berdasarkan siasatan lanjut, satu pek jus minuman berisi MDMA tersebut dijual pada harga RM350 setiap pek kepada pengunjung pusat hiburan.

“Suspek dipercayai memperoleh keutungan separuh daripada harga penjualan bagi setiap satu pek jus tersebut,” katanya lagi.

Ujar beliau, ketiga-tiga suspek yang positif dadah hasil ujian saringan air kencing direman selama seminggu bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan