Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pasukan bomba menaikkan mayat terapung berhampiran Jambatan Batang Tatau petang tadi. Foto: JBPM Zon 5

Pemancing temukan mayat terapung berhampiran Jambatan Batang Tatau

TATAU, 12 Sept: Seorang lelaki yang dilaporkan hilang selepas dipercayai terjatuh ke dalam Sungai Anap, kelmarin ditemukan lemas petang tadi.

Mayat Hairani Kassim, 36, ditemukan oleh seorang pemancing berhampiran Jambatan Batang Tatau pada pukul 4.40 petang.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 5, Penguasa Kanan Bomba Wan Kamarudin Wan Ahmad berkata, sejurus dimaklumkan, dua anggota yang berada di Pos Kawalan Bomba diarahkan ke lokasi untuk pengesahan penemuan. 

“Setibanya di situ, bomba mendapati mayat itu dipercayai lelaki yang dilaporkan hilang selepas terjatuh ke dalam sungai pada 11 malam Ahad lalu,” katanya menerusi kenyataan media hari ini. 

Katanya, mayat telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya manakala operasi mencari dan menyelamat hari kedua ditamatkan 6 petang tadi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tatau Deputi Superintendan (DSP) Jame Reis ketika dihubungi mengesahkan penemuan mayat mangsa. 

Beliau memberitahu, kes diklasifikasikan sebagai Laporan Mati Mengejut (SDR). -TVSP

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan