DI SEBUAH rumah usang di Kampung Pasir, Miri, seorang warga emas merenung nasibnya, ditemani kesunyian dan kekosongan hidup sebatang kara.
Sudahlah tidak mempunyai sebarang pendapatan di usia senja, Mina Japar, 79, kini hidup sebatang kara sejak kematian anak sulungya dua tahun yang lalu.
Ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) anak-anaknya yang lain dan cucu-cucunya tidak dapat melawatnya ekoran pelaksanaan sekatan rentas daerah.
“Saya tinggal berseorangan sahaja di rumah. Anak sulung saya yang tinggal bersama saya telah meninggal dunia 2 tahun yang lalu.
“Saya mohon agar nasib kami mendapat perhatian dapat membantu saya dan penduduk di sini. Saya berasa sunyi tinggal berseorangan. Tiada orang yang saya dapat berbual bersama di rumah ini. Sebab itulah saya berasa sedih tinggal berseorangan,”
Mina antara 300 orang penduduk Kampung Pasir, Miri yang terkesan dari segi emosi dan kewangan ekoran PKP
Menurut Ketua Kaum Kampung Pasir, Edward Mampo, ramai penduduk di kawasan berkenaan telah hilang punca pendapatan sejak pelaksanaan PKP di Sarawak baru-baru ini.
“Sewaktu PKP ini, penduduk kampung di sini sudah lama terjejas sebab kami tidak dapat turun kerja.
Syarikat besar pun kebanyakan tidak boleh beroperasi sewaktu dan mengurangkan kos pekerja. Semua orang terjejas pada waktu ini.
Sekarang sudah lebih setahun PKP dilaksanakan. Ramai penduduk yang telah kehilangan pekerjaan dan punca pendapatan. PKP pun telah dilanjutkan selama 2 minggu lagi.
“Kerajaan harus mencari jalan bagi membantu penduduk di sini kerana majoriti mereka telah hilang punca pendapatan,” kata Edward.
Turut mengalami nasib yang sama dengan Mina iakah Gani Lindang, 75.
Meskipun umur sudah semakin uzur, dia perlu juga mencari pendaptan bagi meneruskan hidup.
“Sewaktu saya masih muda berumur 50 tahun, saya bekerja sebagai tukang kayu, bancuh simen, dan membersihkan longkang. Sejak saya telah berumur 75 tahun, saya telah berhenti bekerja. Sebab itulah ramai yang terkejut apabila saya memberitahu umur saya telah mencapai 75 tahun.
“Pada waktu umur ini saya sepatutnya telah bersara tetapi saya juga perlu meneruskan kelangsungan hidup. Sebab itu lah saya perlu bekerja semampu yang saya boleh,” tambahnya
Dua orang warga emas itu antara penduduk Kampung Pasir yang mendiami 300 rumah setingganyang menanggung keperitan hidup tanpa pekerjaan tetap lantaran PKP. Lebih mengeruhkan keadaan, ramai yang kehilangan punca pendapatan setelah dibuang kerja ekoran PKP.