Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof turut hadir menyertai majlis bersama Yang di-Pertuan Agong di Sibu malam tadi. Foto Faitullah Morni (TVS)

Sarapan dahulu sebelum tunggu Agong di Pasar Sibu – Dr. Annuar

ByOdleen Catherny

SIBU, 12 Sept: Memasuki hari kesembilan Kembara Kenali Borneo, Dewan Kelab Melayu Kampung Nyabor (MUC) di sini menjadi persinggahan pertama keluarga diraja di bahagian ini.

Pada pagi Selasa pula, konvoi yang diketuai Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan untuk menikmati santapan pagi di Pasar Sentral, Sibu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka, Datuk Dr. Annuar Rapaee berkata, beliau menjangkakan kehadiran lebih ramai penduduk sekitar yang akan menunggu keberangkatan tiba keluarga diraja di pasar berkenaan.

“(Di sini saya mengambil kesempatan untuk) menasihatkan penduduk Sibu supaya bersarapan terlebih dahulu sebelum menunggu keluarga diraja.

“(Ini kerana kita risau berlaku kelewatan berikutan jadual baginda yang padat) namun insya- Allah, Yang di-Pertuan Agong dijangka akan berada di Pasar Sentral  sekitar 9 pagi,” katanya kepada pemberita di sini malam tadi.

Annuar berkata nasihat berkenaan diberikan kerana pihaknya menjangkakan kehadiran orang awam yang lebih ramai memandangkan pasar itu merupakan yang terbesar di Sarawak.

Sementara itu, Annuar yang juga Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak menzahirkan ucapan terima kasih kepada Seri Paduka dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah serta keluarga yang berangkat tiba di Sibu pada malam tadi.

“Kepada seluruh masyarakat Sibu, tahniah dan syabas saya ucapkan atas kehebatan sambutan malam tadi.

“Insya-Allah taat setia kepada Raja akan berterusan demi keamanan dan perpaduan negara kita,” ujarnya.

Berangkat sama Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Tengku Panglima Raja Kolonel Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah dan Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah.

Majlis di Kelab Melayu Kampung Nyabor turut diserikan dengan kehadiran Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta isteri, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri, Dato Sri Fadillah Yusof, Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing serta Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan