Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah bersama Abang Johari dan pemimpin lain pada Kembara Kenali Borneo di Sibu, malam tadi. Foto Faitullah Morni (TVS).

Agong kagumi semangat rakyat Sarawak dan Sabah

ByAkma Salleh

SIBU, 11 Sept: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayattuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah baginda berasa sangat kagum dengan semangat luar biasa yang ditunjukkan oleh rakyat Malaysia di Sabah dan Sarawak.

Titah Al- Sultan Abdullah, baginda juga terharu kerana rakyat di dua wilayah ini sanggup menunggu ketibaan rombongan Kembara Kenali Borneo.

Tiga menu masakan Raja Permaisuri untuk penduduk Rumah Panjang Raymond Plen

“Saya (beta) memang tidak terkata, terbukti rakyat di Borneo ini sanggup menunggu ketibaan saya dan Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah serta keluarga.

“Saya sudah memandu 1,700 kilometer (km) dan terima kasih juga kepada permaisuri kerana menjadi ‘co-pilot’ yang cukup prihatin, semua dia catat, yang elok dan tidak elok dia catat tapi saya tidak boleh bagitahu apa yang ditulis, biarlah esok saya bercakap,” titah baginda di Dewan MUC Kampung Bandong, di sini malam tadi.

Terdahulu, keberangkatan tiba Seri Paduka bersama Tunku Azizah serta Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah disambut oleh Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Dr. Annuar Rapaee.

Orang ramai teruja menyambut keberangkatan tiba Al – Sultan Abdullah di Sibu malam sempena Kembara Kenali Borneo. Foto Faitullah Morni (TVS)

Majlis itu turut diserikan dengan kehadiran Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing serta Menteri Pelancongan Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Sibu merupakan lokasi ketiga rombongan Kembara Kenali Borneo selepas Bintulu.

Acara di bandar ini esok menyaksikan Al – Sultan Abdullah dan Tunku Azizah dijadual mencemar duli melawat ke Pasar Central sebelum berangkat ke Sri Aman untuk melawat Fort Alice. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan